Nadi X E-Sukan - Modul 14 : Tekanan Jangka Panjang & Cara Kekal Konsisten – Sesi Mei 2026

11 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

10 Mei 2026 (Ahad) – NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E-Sukan Modul 14 bertajuk “Tekanan Jangka Panjang & Cara Kekal Konsisten” pada jam 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang. Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan.

Melalui kelas ini, peserta didedahkan mengenai cabaran tekanan jangka panjang yang sering dihadapi dalam bidang e-sukan serta kepentingan mengekalkan disiplin dan konsistensi semasa bermain dan berlatih. Selain itu, peserta turut mempelajari cara mengurus emosi, mengekalkan motivasi dan membina rutin yang sihat untuk meningkatkan prestasi dalam e-sukan.

Program ini diharap dapat membantu peserta memahami kepentingan keseimbangan mental dan fizikal dalam bidang e-sukan, di samping meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam industri digital yang semakin berkembang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali